Friday 6 March 2015

Instrumen contoh (mencerakinkan ayat majmuk)

Kemahiran Sintaksis  (Mencerakinkan Ayat Majmuk)

(Nota: Mencerakinkan bermakna memisahkan/menceraikan ayat)

 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

                                                                                                                                      [Maksimum 10m]

Teknik Menjawab:
1. Calon mesti mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan.
Contoh:
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
2. Bina ayat tunggal yang baharu. PERHATIAN. Setiap ayat tunggal yang dibina MESTILAH mempunyai subjek dan predikat.

a. Encik Azman ke pejabat?
            (S)                (P)

b. Encik Azman pulang ke rumah?
          (S)                    (P)
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

    a) Encik Azman ke pejabat?
    b) Encik Azman pulang ke rumah?

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
     a) Hanisah mengambil beg.
     b) Hanisah masuk ke dalam kereta.

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
      a) Nazri telah sedar.
      b) Nazri telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
      a) Mereka ditahan oleh pihak polis.
      b) Mereka disyaki terlibat dalam kes jenayah.

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
     a) Pemuda itu rajin bekerja.
     b) Pemuda itu aktif dalam persatuan belia.

41 comments:

  1. Mudah difahami.
    (nurin,2B)

    ReplyDelete
  2. Mudah difahami dan sungguh kreatif
    (Danish Muazzam,3A)

    ReplyDelete
  3. Sungguh kreatif dan inovatif
    (Siti Nuraisyah ,3B)

    ReplyDelete
  4. okay , saya dah faham
    Nik , 2B

    ReplyDelete
  5. Cantik.kEmas dan mudah di fahami mahu bagi berapa bintang ya saya bagi 5★★★★★

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Blog yang kreatif dan banyak maklumat....
    >Izzah 3B< ツ

    ReplyDelete
  9. sye mint ckgu punye blog ..;) hacked~Fazira.3 al-khawarizmi~

    ReplyDelete
  10. sye suka mklumt ini~amalia,aina,amirutul.3 al-khawarizmi~

    ReplyDelete
  11. boleh dijadikan nota
    azhan , 2B

    ReplyDelete
  12. sagat bagus.. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  13. Esok saya spm doakan saya lulus dan berjaya dalam kehidupan...amiiiin

    ReplyDelete
  14. Esok pt3.. thanks alot for this information :)

    ReplyDelete
  15. Perkonsiang ilmu yang baik, bagus, terbaik

    ReplyDelete
  16. Contoh yg baik dan mudah untuk difahami😁

    ReplyDelete
  17. Dpt la fhm di last² minit 😂

    ReplyDelete
  18. Ohhh macam tu rupannye. Terima kasib

    ReplyDelete
  19. ✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

    ReplyDelete
  20. mantap lah . pkpb ni terlupa sikit ayat ni . nasib dh ingat semula

    ReplyDelete
  21. Selepas sekian lama ,ade juga nota yang mudah difahami

    ReplyDelete
  22. Baby imm.. dancing in the dark.. with u beetween my arm... barefoot on the grass.... listening to... our facourite song...

    ReplyDelete
  23. Woi apik hensem x?😩🤙😎🤙 HAHAHAHAHA apik hensem🌹🌹🌹🌹🌹🌹🥵🥵🥵
    @yonk0.__

    ReplyDelete