Friday 6 March 2015

Instrumen Contoh (kesalahan bahasa)

Instrumen Contoh

Kesalahan Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
…………………………………………………….
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
……………………………………………………
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
……………………………………………………
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
…………………………………………………                                                           [Maksimum 8 m]

Jawapan

Teknik Menjawab:

1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.
2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai kata/frasa.
3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
Restoran Ahmad
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
suka akan
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
Patik

21 comments:

  1. semoga banyak lagi ilmu yg boleh dikongsi. (nurin,2B)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sng ckit keje sye..huhu..kalo sye x fhm bole sye rujuk cni..hahahah(shahrul,3a)

    ReplyDelete
  4. Baru sye tahu...
    (Siti Nuraisyah ,3B)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah , hahaha
    nik , 2B

    ReplyDelete
  6. ZAHRIN.2A AYAT YANG SANGAT MENARIK DAN KREATIF. SUNGGUH MEMUASKAN.

    ReplyDelete
  7. 1.Menarik.2. Boleh digunakan bahan ulangkaji.3. Mudah difahami.4. Boleh di jadikan nota dan 5. Senang dirujuk dari omar,aizat hilman,aizat sallehuddin,akmal danial,ammar asyraf dan firdaus 2A

    ReplyDelete
  8. Ni boleh jadi nota...yeaaa

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. banyak ilmu dan format yg dpt dikongsi
    (Nazifah,3A)

    ReplyDelete
  11. Menarik,nota senang difahami dan boleh buat sebagai nota ulangkaji dari bahrie dan aiman 2A

    ReplyDelete
  12. Hafiy
    2b
    Boleh dapat A BM nanti

    ReplyDelete
  13. Hafiy
    2b
    Terima kasih cikgu kerana membuat blog ini.

    ReplyDelete
  14. Hafiy
    2b
    Senang masuk kepala dan mudah dihafal.

    ReplyDelete
  15. dengan adanya latihan ini akan meningkatkan lagi penguasaan saya dalam tatabahasa...

    ReplyDelete
  16. terima kasih untuk perkongsian ini..sayang cikgu

    ReplyDelete