Tuesday 3 March 2015

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat aktif ialah ayat yang menekankan objek. Dalam ayat aktif, ‘pelaku’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘benda yang kena buat’ terletak di belakang (sebagai predikat ayat)
3. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan ‘meN’ , ‘men…kan’ dan ‘men…I’. Contohnya:
(a) Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku di depan dan ikan ialah benda kena buat)
4. Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. Maksudnya, dalam ayat pasif, ‘benda yang kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat). Bentuk ayat pasif ialah:
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
ii. Meja besar itu ditolak oleh mereka.

5. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.


 Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.

(b) Surat itu mesti awak serahkan.

(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.



 Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.


No comments:

Post a Comment