Kata hubung
(bahasa Melayu)
Kata hubung
ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
- perkataan dengan perkataan;
- rangkai kata dengan rangkai kata; dan
- ayat dengan ayat.
Kata hubung
terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata
hubung gabungan
2. Kata
hubung pancangan
- Kata hubung pancangan relatif
- Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata
hubung pasangan.
Kata hubung gabungan
- Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
- Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
- Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
- Dia mengelak, lantas menikam.
Kata
hubung pancangan
Kata hubung
pancangan relatif
- Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
• Pelajar
yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak yang
sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku yang
dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
• Guru tahun
enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka
mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
• Kerajaan
membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung
pancangan keterangan
- Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya
berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata
hubung berpasangan
- Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
• Kian lama
kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad bukan
sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
terima kasih untuk perkongsian ini.
ReplyDeletedengan adanya perkongsian ini barulah saya lebih jelas berkenaan dengan kata hubung
ReplyDelete