Imbuhan kata nama bahasa Melayu
Kata Nama
menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N),
ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan
apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
ke-
ke-
Awalan
"ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat
dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata
imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan
"ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan
yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata
dasar:
• penanda
orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):
kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan
awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
•
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
• orang yang
membuat: penulis, pencipta, pentadbir
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• orang yang
selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
• orang yang
mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
• milik
sifat seseorang: pemuda, pembesar
• ukuran
bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
• hasil atau
kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan
"pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk
kata kerja.
pe-
Imbuhan
awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan
"pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
• pelaku
tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
• penerima
tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
per-
Imbuhan
awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering
dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan
"juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang
terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung
dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar.
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
• juru- +
kata nama: juruwang, jurubahasa
• juru- +
kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
• juru- +
akar kata: jurutera, jurumudi
Akhiran
-an
Imbuhan
akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
• benda,
bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
• hasil
perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• tempat
yang disifatkan kata dasar: ruangan
• benda kata
dasar yang besar atau luas: lautan
Apitan
ke-…-an
Imbuhan
apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• hasil
perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
• keadaan
yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)-…-an
Imbuhan
apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
• perbuatan:
pemeriksaan, pemilihan
• hasil
perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-"
untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan
apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• perbuatan:
pertandingan, pergeseran
• tempat:
perumahan, perkuburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk
kata kerja.
Sisipan
Sesetengah
kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan
"-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".
Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.
nota yang sangat lengkap..
ReplyDeleteterima kasih cikgu kerana mambantu saya untuk memahami dengan lebih lanjut berkanaan dengan tajuk yang diajar si sekolah,
ReplyDeleteletak banyak lagi akhiran baru lengkap
ReplyDeleteTerima kasih cikgu kerana banyak yg boleh saya pelajari dari tajuk ini
ReplyDelete