Wednesday 4 March 2015

KATA SENDI

Kata sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

Contoh:
• Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
• Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
• Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:
1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya
2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru
3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan binasa
4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah

Bahagian kata sendi

Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
• Sendi nama
• Sendi kata

Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan

Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.
bagi,sambil ,selepas,sebelum

Bentuk kata sendi
Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak
Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar

Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh kerana,selain daripada.

3 comments:

  1. Sye suka blog cikgu...
    (Siti Nuraisyah , 3B)

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. perkongsian ini sangat bergunan kpada saya. ianya menjadi rujukan kepada saya untuk belajar

    ReplyDelete