Kemahiran Sintaksis (Mencerakinkan Ayat Majmuk)
(Nota: Mencerakinkan bermakna memisahkan/menceraikan ayat)
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________
[Maksimum 10m]
Teknik Menjawab:
1. Calon mesti mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan.
Contoh:
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
2. Bina ayat tunggal yang baharu. PERHATIAN. Setiap ayat tunggal yang dibina MESTILAH mempunyai subjek dan predikat.
a. Encik Azman ke pejabat?
(S) (P)
b. Encik Azman pulang ke rumah?
(S) (P)
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
a) Encik Azman ke pejabat?
b) Encik Azman pulang ke rumah?
ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) Hanisah mengambil beg.
b) Hanisah masuk ke dalam kereta.
iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) Nazri telah sedar.
b) Nazri telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) Mereka ditahan oleh pihak polis.
b) Mereka disyaki terlibat dalam kes jenayah.
v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) Pemuda itu rajin bekerja.
b) Pemuda itu aktif dalam persatuan belia.
Friday 6 March 2015
Instrumen Contoh (kesalahan bahasa)
Instrumen Contoh
Kesalahan Bahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
…………………………………………………….
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
……………………………………………………
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
……………………………………………………
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
………………………………………………… [Maksimum 8 m]
Jawapan
Teknik Menjawab:
1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.
2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai kata/frasa.
3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah.
i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
Restoran Ahmad
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
suka akan
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
Patik
Kesalahan Bahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
…………………………………………………….
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
……………………………………………………
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
……………………………………………………
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
………………………………………………… [Maksimum 8 m]
Jawapan
Teknik Menjawab:
1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.
2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai kata/frasa.
3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah.
i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
Restoran Ahmad
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
suka akan
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
Patik
Ayat songsang
Ayat
songsang
Dalam ayat
songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung
ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA →
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT
SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF →
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat
songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan
menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang
amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua
jenis ayat dapat disongsangkan.
Susunan
biasa
Susunan songsang
Ayat inti
Encik Yosri
birokrat. Birokratlah
Encik Yosri.
Kucing itu
ke
sana. Ke
sana kucing itu.
Orang itu
adik
kamu?
Adik kamukah orang itu?
Kamu belum
makan?
Belum makankah kamu?
Surat itu
akan saya
kirimkan.
Akan saya kirimkan surat itu.
Saya
ketinggalan bas pada hari
itu.
Ketinggalan bas saya pada hari itu.
Perhatikanlah
bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan"
(untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
JENIS-JENIS
AYAT
Ayat perintah
Ayat perintah
Ayat
perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan,
suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perintah
: Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan
: Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan
: Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan
: Tolong angkat baju itu.
Ajakan
: Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan
: Sila jamu selera.
Doa
: Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan
: Harap-harap hari tidak hujan.
Perhatikanlah
bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat
perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh
di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN"
kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
• Untuk kata
kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.
• Untuk kata
kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora
bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping
itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat biasa :
Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat biasa :
Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun
kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat
nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa
sahaja.
Peranan ayat
nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1. Bukankah
orang itu guru kamu?
2. Tidakkah
kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda
sudah faham, bukan?
Penggunaan
dengan frasa nama
Secara umum,
kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah
frasa nama. Contohnya:
1. Ini bukan
kucing.
2. Malaysia
bukan negara republik.
3. Gajah bukan
haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu,
"bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa
nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia bukan
bodoh, tetapi malas.
2. Dia bukan
belajar, tetapi bermain.
Kata
"bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan
"kata tidak":
1. Dia tidak
bodoh, tetapi malas.
2. Dia tidak
belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun,
penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan
dengan frasa sendi
Untuk frasa
sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya
tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2. Saya
bukan dari sektor kerajaan.
3. Malaysia
bukan di benua Afrika.
4. Buku ini
bukan untuk anda.
Kata
"bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak
boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat tanya
dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara
untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh
tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata
Ayat tanya
Tetamu sudah
tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu
sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka
hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak
mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di
atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2.
Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat
tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:
Ayat penyata
: Tetamu sudah tiba.
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat penyata
: Buah itu sudah masak.
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Penggunaan
partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3.
Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya
juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.
Kata Ayat
tanya
Tanpa
partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Apa : Apa
yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
: Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila : Bila
ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Kecuali kata
"ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel
"kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk
maksud penegasan.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat.
Umpamanya:
• Tetamu
sudah tibakah?
• Buah itu
sudah masakkah?
• Mereka
hendak menolong kitakah?
Kesalahan
ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
• Tetamu
sudah tibake?
• Buah itu
sudah masakke?
• Mereka
hendak menolong kitake?
"Ke"
sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung
ayat.
Imbuhan kata nama bahasa melayu
Imbuhan kata nama bahasa Melayu
Kata Nama
menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N),
ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan
apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
ke-
ke-
Awalan
"ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat
dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata
imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan
"ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan
yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata
dasar:
• penanda
orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):
kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan
awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
•
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
• orang yang
membuat: penulis, pencipta, pentadbir
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• orang yang
selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
• orang yang
mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
• milik
sifat seseorang: pemuda, pembesar
• ukuran
bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
• hasil atau
kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan
"pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk
kata kerja.
pe-
Imbuhan
awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan
"pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
• pelaku
tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
• penerima
tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
per-
Imbuhan
awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering
dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan
"juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang
terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung
dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar.
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
• juru- +
kata nama: juruwang, jurubahasa
• juru- +
kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
• juru- +
akar kata: jurutera, jurumudi
Akhiran
-an
Imbuhan
akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
• benda,
bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
• hasil
perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• tempat
yang disifatkan kata dasar: ruangan
• benda kata
dasar yang besar atau luas: lautan
Apitan
ke-…-an
Imbuhan
apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• hasil
perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
• keadaan
yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)-…-an
Imbuhan
apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
• perbuatan:
pemeriksaan, pemilihan
• hasil
perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-"
untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan
apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• perbuatan:
pertandingan, pergeseran
• tempat:
perumahan, perkuburan
Imbuhan
"pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk
kata kerja.
Sisipan
Sesetengah
kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan
"-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".
Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.
Thursday 5 March 2015
Kata hubung
(bahasa Melayu)
Kata hubung
ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
- perkataan dengan perkataan;
- rangkai kata dengan rangkai kata; dan
- ayat dengan ayat.
Kata hubung
terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata
hubung gabungan
2. Kata
hubung pancangan
- Kata hubung pancangan relatif
- Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata
hubung pasangan.
Kata hubung gabungan
- Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
- Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
- Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
- Dia mengelak, lantas menikam.
Kata
hubung pancangan
Kata hubung
pancangan relatif
- Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
• Pelajar
yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak yang
sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku yang
dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
• Guru tahun
enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka
mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
• Kerajaan
membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung
pancangan keterangan
- Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya
berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata
hubung berpasangan
- Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
• Kian lama
kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad bukan
sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
Hukum D-M
Hukuman D-M
ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang
diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang
menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh
Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan,
disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan
kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku
adalah seperti berikut:
Kesalahan
Padanan bahasa Inggeris Pembetulan
Salah :
dalam lain perkataan
Betul : dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Betul : dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Salah :
Minah Restoran
Betul : Restoran Minah
Betul : Restoran Minah
Salah :
Dunlop tayar
Betul : tayar Dunlop
Betul : tayar Dunlop
Salah :
goreng pisang
Betul : pisang goreng
Betul : pisang goreng
AYAT INTI DALAM BAHASA MELAYU
Ayat inti
(bahasa Melayu)
Ayat inti
ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran
makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan
sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti
untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca.
Dalam bahasa
Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
1. Frasa
Nama + Frasa Nama
2. Frasa
Nama + Frasa Kerja
3. Frasa
Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama
+ Frasa Sendi
Frasa ialah
binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah
kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek,
predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak
membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Frasa Nama +
Frasa Nama
Contoh:
1. Ali jiran
saya.
2. Kami
jiran.
3. Kucing
mamalia.
4. Itu guru.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan.
Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan
sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa
Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis
sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan
menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang
guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai terjemahan kopula
seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah
bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun
"adalah".
Walau
bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika
seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali
adalah guru.
2. Kucing
adalah mamalia.
Kata
"adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang
dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah
seperti:
1. Adakah
Ali guru?
2. Adakah
kucing mamalia?
Kata
"adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata
"benarkah" atau "betulkah". Bagaimanapun, ayat yang
disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.
Frasa Nama +
Frasa Kerja
Contoh:
1. Saya
menulis rencana.
2. Kami
berdiri.
3. Kucing
ini menangkap tikus.
4. Syarikat
itu membuka kilang.
Predikat
ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang
terbahagi dua:
1. kata
bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata
bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak kata
bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat
diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di
kerusi" ialah keterangan tempat.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kata kerja
transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Salah :
Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Salah : Kami
membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.
Kata kerja
intransitif
Satu
kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata
sendi apabila predikat diperluas.
Salah : Saya
sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Salah :Dia
masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Frasa Nama +
Frasa Adjektif
Contoh:
1. Dia
bijak.
2. Kami
lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
Predikat
ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi
tiga:
1. penguat
depan: begitu
2. penguat
belakang: sekali, betul
3. penguat
bebas: sangat
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Salah : Dia
begitu bijak sekali
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Salah :
Anjing itu sangat garang betul.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul :
Anjing itu garang betul.
Frasa Nama +
Frasa Sendi
Contoh:
1. Saya ke
Kuala Lumpur
2. Dia di
sekolah.
3. Kami di
rumah.
4. Buku ini
untuk adik.
Kesalahan
yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri
sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
• ayat (1)
mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
• ayat (4)
mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya
baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)