Wednesday 4 March 2015

KATA KERJA

Kata Kerja
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

contohnya: 
Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Radio itu didengari Atan.
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.
Ikan itu dijala oleh Pak Abu.
Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

contohny:
Kami mandi di tasik.
Dia senyum semasa berjalan.
Air sungai beransur surut.


Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Contohnya:
 Rumahnya roboh.
Radio itu berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar

46 comments:

  1. Alhamdulillah...saya dpat mnyiapkan tugasan saya dgan ade nyer ini..terima kasih!!^_^(sarah adriana -2A)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sarah..cikgu harap sarah dapat aplikasikan nota-nota cikgu ini semasa kita buat latihan dalam kelas

      Delete
  2. Saya juga bgitu..terima kaseh ^_^(masitah -2A)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama masitah..bila masuk sekolah baru rajin-rajin belajar..kalau ada apa-apa nak tnya berkenaan bahasa melayu jangan lupa buka blog cikgu..

      Delete
  3. Hebat nota cikgu yg padat ni (danial iman 2A)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm daniah..nanti dalam kelas cikgu harap kamu orang pertama yang akan jawab soalan yang cikgu tanya.

      Delete
  4. Terima kasih cikgu kerana mewujudkn blog ini.... saya boleh ambil banyak nota di sini.... ☺☺
    Danish
    2b

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama danish..kalau macamtu nota cikgu jangan lambat hantar..:)

      Delete
  5. Bgus dan bermanfaat. :D(nadiah -2 al biruni)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu ;) ( nadiah - 2 B)

    ReplyDelete
  7. Yup stuju tuh ..nadiah..(sarah adriana -2 A)

    ReplyDelete
  8. Degan adanya nota ini lebih senang untuk sya mengulang kaji di rumah.(rabiaatul 2A)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah...ringkasan cikgu ni memang best.. faham sangat.. haaa lepas ni kalau sarah nak buat nota rujuk sini je kan?? Terima kasih cikgu! Sayang cikgu! Mwahhhh 😍😘(sarah jebon -2A)

    ReplyDelete
  10. Mudah difahami (rabiaatul 2A)

    ReplyDelete
  11. Dengan ada nya nota cikgu ini ,in shaa allah saya akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan bahasa melayu .terima kasih cikgu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah Atul..cikgu doakan yang terbaik utk kamu

      Delete
  12. Blog ini membantu saya untuk mmbuat kerja..( elia -2A)

    ReplyDelete
  13. Blog ini amat berguna ×_× (elia -2 A)

    ReplyDelete
  14. Blog ini akan mnjdi tmpt rujukan saya..(elia -2A)

    ReplyDelete
  15. Blog ini mmpunyai bnyk isi..(elia -2A)

    ReplyDelete
  16. Tq krana mwujudkan blog ini...(elia -2A)

    ReplyDelete
  17. Ia amat mudah difahami..(yazi-2A)

    ReplyDelete
  18. Blog ini amat berguna ..(umi nam -2A)

    ReplyDelete
  19. Blong ini mmpunyai isi yg ringkas dan padat..(umi namira -2A)

    ReplyDelete
  20. Blog ini sungguh menarik..(umi namira -2A)

    ReplyDelete
  21. Blog ini.amat mmbntu sya .(jebon- 2A)

    ReplyDelete
  22. Senang saya nk buat nota selpas ini..(jebon-2A)

    ReplyDelete
  23. Blog ini mmbolehkan sya bljr.dgn mudah..(khairunnisa -2A)

    ReplyDelete
  24. Sya dpt mmbuat rgkasan dlm pljaran sya..( khairunnisa -2A)

    ReplyDelete
  25. Apa2 pun ..blog ini sgt brfaedah dan brguna ( khairunnisa -2,A)

    ReplyDelete
  26. KHADIJAH 2A
    1. Blog ini lebih berfaedah untuk dilayari daripada melayari benda2 lain yang tidak berfaedah

    2. Lebih memahami

    3. Mengetahui bahasa melayu dengan lebih mendalam

    4. Selain buku, kita juga boleh belajar bahasa melayu dengan blog ini.

    5. Tidak membuang masa

    ReplyDelete
  27. Amat senang difahami kerana disertakan conyoh..(atiqah -2A)

    ReplyDelete
  28. Komen pertama
    Terima kasih ckgu kerana membuat kn saya lbih fhm dlm subjek bm

    Komen kedua
    Terima kasih...senang untuk dibaca dan senang faham

    Komen ketiga
    Mudah dan senang faham

    Komen keempat
    Terima kasih ckgu

    Komen kelima
    sye fhm dn sye ske blog ckgu

    ReplyDelete
  29. Sya dpt mluangkan masa melayari blog ini drpd melayari bnde yg x berfaedah ...(haznira..-2 A)

    ReplyDelete
  30. Alhamdullillah dgan adenyer nota ini..saya pasti akan mndapat A ..(bahrie -2A)

    ReplyDelete
  31. Terima kasih kerana mmbuat blog ini..(tasya dan umirah -2A)

    ReplyDelete