Friday 6 March 2015

Instrumen contoh (mencerakinkan ayat majmuk)

Kemahiran Sintaksis  (Mencerakinkan Ayat Majmuk)

(Nota: Mencerakinkan bermakna memisahkan/menceraikan ayat)

 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

                                                                                                                                      [Maksimum 10m]

Teknik Menjawab:
1. Calon mesti mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan.
Contoh:
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?
2. Bina ayat tunggal yang baharu. PERHATIAN. Setiap ayat tunggal yang dibina MESTILAH mempunyai subjek dan predikat.

a. Encik Azman ke pejabat?
            (S)                (P)

b. Encik Azman pulang ke rumah?
          (S)                    (P)
i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

    a) Encik Azman ke pejabat?
    b) Encik Azman pulang ke rumah?

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
     a) Hanisah mengambil beg.
     b) Hanisah masuk ke dalam kereta.

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
      a) Nazri telah sedar.
      b) Nazri telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

iv) Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
      a) Mereka ditahan oleh pihak polis.
      b) Mereka disyaki terlibat dalam kes jenayah.

v) Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
     a) Pemuda itu rajin bekerja.
     b) Pemuda itu aktif dalam persatuan belia.

Instrumen Contoh (kesalahan bahasa)

Instrumen Contoh

Kesalahan Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
…………………………………………………….
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
……………………………………………………
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
……………………………………………………
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
…………………………………………………                                                           [Maksimum 8 m]

Jawapan

Teknik Menjawab:

1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.
2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai kata/frasa.
3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
Restoran Ahmad
iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
suka akan
iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
Patik

Ayat songsang

Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Susunan biasa                                                                   Susunan songsang

Ayat inti Encik Yosri birokrat.                                           Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.                                                           Ke sana kucing itu.
Orang itu adik kamu?                                                       Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?                                                        Belum makankah kamu?
Surat itu akan saya kirimkan.                                            Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.                                   Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.



JENIS-JENIS AYAT

Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Perintah        : Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan        : Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan      : Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan   : Tolong angkat baju itu.
Ajakan         : Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan           : Sila jamu selera.
Doa              : Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan       : Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
• Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
• Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
 Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
 Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:

Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi    : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat biasa : Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi    : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
1. Bukankah orang itu guru kamu?
2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?

 Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:

1. Ini bukan kucing.
2. Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:

1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
3. Malaysia bukan di benua Afrika.
4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:
Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat penyata : Buah itu sudah masak.
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Kata Ayat tanya
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Apa : Apa yang kamu beli tadi?
         Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
                     Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila : Bila ayah kamu pulang?
          Bilakah ayah kamu pulang?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
• Tetamu sudah tibakah?
• Buah itu sudah masakkah?
• Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
• Tetamu sudah tibake?
• Buah itu sudah masakke?
• Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
















Imbuhan kata nama bahasa melayu

Imbuhan kata nama bahasa Melayu

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan
ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

• penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi

pe(n)-

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
• orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
• orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
• orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
• milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
• ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
• hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

pe-

Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

• pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
• penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".

 juru-
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

• juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa
• juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
• juru- + akar kata: jurutera, jurumudi

Akhiran

-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.

• benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
• hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
• benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Apitan

ke-…-an

Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan

• keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)-…-an

Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
• hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pertandingan, pergeseran
• tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.

Sisipan

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.

Thursday 5 March 2015


Kata hubung (bahasa Melayu)
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
  •  perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.


Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
  •  Kata hubung pancangan relatif
  •  Kata hubung pancangan komplemen
  •  Kata hubung pancangan keterangan

3. Kata hubung pasangan.

Kata hubung gabungan
  • Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.


Contoh ayat:
  •  Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
  •  Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
  • Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatif
  • Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.


Contoh ayat:
• Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen
  • Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.


Contoh ayat:
• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
• Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan
  • Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.


Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya berkawan dengannya semenjak kecil

3.Kata hubung berpasangan
  • Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..


Contoh ayat:
• Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
























Hukum D-M

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan

Salah : dalam lain perkataan
Betul : dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Salah : Minah Restoran
Betul : Restoran Minah
Salah : Dunlop tayar
Betul : tayar Dunlop
Salah : goreng pisang
Betul : pisang goreng